Thursday, May 19, 2011

Senarai Makanan Anti Kolesterol


saya bercadang nak berkongsilah dengan anda beberapa senarai makanan anti kolesterol. Dengan pengambilan makanan sebegini, setidak-tidaknya ia boleh mengurangkan risiko kegemukan. Tak gitu?



A. Buah Kering


Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid ni berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Flavanoid juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.


B. Epal


Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Ini kerana epal mengandungi phytonutrient. Di mana ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tak baik.

Opss, kalau anda jemu makan epal begitu saja, sekali-sekala kisarkan ia untuk dijadikan jus. Khasiatnya tetap sama.



C. Ikan Tuna

Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 ni baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.


D. Jambu Batu

Untuk makluman anda, jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda sehingga 19%.

Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari.

Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.


E. Kacang Soya

Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Di mana bahan ini dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.

Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin juga zat galian. Lagi satu, kandungan kolesterolnya juga rendah.

Sekiranya memakan makanan yang diproses daripada kacang soya ni, ia mampu menghindari anda daripada diabetes dan penyakit jantung.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates