Thursday, April 21, 2011

JANGAN BELI DI LIMA PREMIS YANG DIWARTAKAN


JITRA, 21April – “Masih terdapat pengguna yang masih berdegil untuk membeli produk Jus Mate 5 (JM5) tiruan di toko jamu, farmasi, kedai ubat, salun kecantikan dan semua kioks di pasar raya di seluruh negara walaupun kita sudah mewartakannya sebagai premis yang menjual produk tiruan,” kata Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau berkata walaupun pihaknya sudah memberi amaran secara berterusan di dalam media massa termasuk meletakkan pelekat amaran produk tiruan pada produk dRG di bawah label Herba Prima Marketing (HPM), pengguna masih terus berminat mendapatkan produk di tempat terbabit.

“Kita harap pengguna mengelak daripada membeli di lima tempat terbabit yang diwartakan sebagai premis yang bersekongkol dengan lanun produk tiruan untuk menjual produk JM5 tiruan dengan harga yang murah dan tidak berkesan.

“Pengguna boleh terus mendapatkan produk dRG secara terus daripada ibu pejabat dRG atau melalui usahawan dRG yang sah melalui belian secara ‘online’ dan produk ini akan dihantar dari syarikat dengan menggunakan agen penghantaran Skynet,” katanya.

Datuk Che Rozmey berkata penampilan kotak baru JM5 dan dR-II yang lebih berkualiti pasti akan melenyapkan produk tiruan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan pengguna.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates