Thursday, March 10, 2011

Penawar Mengubati Resdung



Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin.

Kali ini, saya nak kongsikan pula petua mengubati resdung. Caranya begini;

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.

Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih. :)

Mungkin cara di atas ni anda dah pernah dengar atau baca. Jadi, saya nak kongsi lagi satu cara mengubati resdung sebagai alternatif;

1. Anda perlukan dua biji buah pinang yang sudah masak.

2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya saja ya.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang tadi hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya.

Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.Jika anda ingin mencuba produk dR Rozmey..Anda boleh cuba dR 11..Untuk lebih terperinci layari disini klik

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates