Monday, March 28, 2011

FAKTA RINGKAS GULA


Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan seperti nasi, mi, roti, pasta, ubi-ubian.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses), golden syrup dan inverted sugar.

Amnya, terlalu banyak pengunaan gula dalam kehidupan seharian pengguna di Malaysia, namun tahukah anda sebanyak mana keperluan gula dalam hidup anda, lebih banyak lagi kesan buruk "dihadiahkan" pemanis makanan dan minuman ini.

  • Satu sudu teh gula membekalkan 20 kilo kalori.
  • Untuk membakar 140 kilo kalori daripada tujuh sudu teh gula, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja umah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama satu jam.
  • Berat satu sudu teh gula adalah lima gram. Oleh itu, satu kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula.
  • Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 billion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 billion pada 2015.
  • Peningkatan global, kegemukan dan obesiti disebabkan pengambilan lebih banyak makanan bergula dan berlemak yang rendah vitamin, mineral dan mikro nutrisi lain.
  • Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak dibawah usia lima tahun mengalami kegemukkan pada 2005. punca asas abesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.
  • WHO melaporkan, kajian di Afrika Selatan 2003 mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi.
  • Gula menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung.
  • Gula turut menjadi penyebab tulang rapuh, masalah ginjal, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah.
  • Pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus.
  • Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes.
  • Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat.
  • Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat Malaysia mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates