Friday, August 20, 2010

Gloukuma Punca Buta



“Mata adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Jadi masyarakat harus memandang serius terhadap penjagaan mata bagi mengelakkan daripada kehilangan satu anugerah yang besar,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang mempunyai kepakaran di dalam bidang kesihatan dan kecantikan.

Masalah mata yang sering berlaku kepada individu yang berumur adalah glaukoma iaitu penyakit yang akan menyebabkan tekanan mata meningkat tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) galukoma terbahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan kronik dimana jika masalah ini tidak dirawat ianya akan menyebabkan kebutaan.

“Terdapat dua jenis glaukoma yang begitu merbahaya sekiranya tidak dibendung iaitu galukoma akut dan juga glaukoma kronik,” katanya.

Katanya lagi, Glaukoma akut adalah sejenis akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan serta perlu dirawat segera sekiranya ia dikesan,” katanya.

“Manakala glaukoma kronik ialah jenis yang tidak mendatangkan kesakitan tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan-lahan.

“Kebiasaannya pesakit yang menghidapi glaukoma kronik ialah golongan yang berumur antara 50 tahun keatas,” jelasnya yang dulu merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

http://www.juskurus2u.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates