Thursday, July 29, 2010

Risiko Pil Pelangsing



Masih ingat lagi tak pada tahun 2002, masyarakat dunia dikejutkan
dengan kisah seorang pelakon Singapura, Andrea De Cruz, yang nyaris
maut gara-gara mengambil pil pelangsing.

Insiden itu benar-benar memberi kesan dan menginsafkan kalangan
wanita yang sebelum itu telah dan berhasrat mencuba kaedah sama,
semata-mata mahu memperoleh bentuk badan idaman.

De Cruz yang mengalami kegagalan fungsi hati secara tiba-tiba,
terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya.

Walaupun memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi
ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah
Tinggi, belum tentu peristiwa itu dapat dilupakan begitu sahaja.

Yang pasti ia meninggalkan trauma kepada wanita yang pernah
bercita-cita menjadi ratu cantik dunia semasa kecilnya itu.

Antaranya, melibatkan seorang pekerja pusat hiburan di Kuantan,
Pahang,yang dikatakan mengambil ubat melangsingkan badan dan alkohol
secara berlebihan.

Turut dikaitkan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan, Rosni Mat,
24,Bekas graduan di salah sebuah universiti tempatan yang mempunyai
ketinggian 164 sentimeter dan berat antara 80 hingga 90 kilogram
itu didakwa membeli ubat pelangsing berasaskan herba melalui internet.

”Sebagai jalan pintas, masih ramai yang mengambil pil pelangsing
tanpa memikirkan kesan sampingan,” kata Perunding Kardiologi,
Datuk Dr. Khoo Kar Lin pada sesi ceramah bertajuk Kehidupan dan
Kematian: Kebenaran Tentang Penggunaan Ubat-Ubatan bagi Penurunan
Berat Badan, di salah sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, memiliki tubuh kurus dan langsing menjadi satu
trend kepada individu terutama wanita hari ini.

Kebanyakan individu ini menganggap tubuh sedemikian bukan sahaja
berupaya menukar diri mereka kelihatan lebih cantik, bahkan sihat
dan sempurna terutama dari segi penampilan.

”Ini turut dipengaruhi dengan kesedaran tentang kepentingan
menjaga kesihatan serta bebas daripada penyakit yang diakibatkan
oleh kegemukan atau berat badan berlebihan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates