Thursday, July 29, 2010

Atasi Kulit Hitam & Kasar



Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam

Memandangkan Hari Perayaan pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti.Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

4. Andainya kurang berkesan, ambil sekali hampas timun tu dan tampalkan kat muka anda.

5. Bila bangun pagi nanti, anda cuci muka dan mandilah dengan air suam atau air panas.

Amalkan petua ni setiap hari sehinggalah kulit muka anda bertambah halus dan tiada lagi bintik-bintik hitam. Bila dah puas hati dengan hasil yang diperolehi, anda boleh teruskan petua ni. Cuma dah tak payah buat hari-hari. Buat seminggu sekali pun dah cukup. :)

Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates