Sunday, June 20, 2010

Ketahui Jenis Makanan Yang Membantu Meningkatkan Metabolisme



METABOLISME dari sudut sains merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka.

Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis. Katabolisme menghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel. Manakala anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa makanan yang mengganggu peningkatan metabolisme dalam tubuh badan kita. Anda harus ambil tahu supaya anda dapat melakukan tindakan seterusnya seperti mengurangkan makanan tersebut.

Antara makanan yang terlibat ialah seperti :

1. Telur

2. Gandum

3. Susu

4. Gula

5. Kacang soya

6. Kacang tanah

7. Jagung

Lima kesan tahap metabolisme rendah pula seperti :

1. Memperlahankan kadar metabolisme

2. Meningkatkan hormon-hormon yang menyebabkan meningkatnya berat badan

3. Menyebabkan paras gula dalam darah rendah daripada normal

4. Menjadikan anda kekurangan tenaga

5. Menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit dan seterusnya menyukarkan untuk melakukan senaman secara kerap.

Oleh itu, ubahlah gaya hidup anda kepada yang lebih sihat. Ambil tahu mengenai makanan yang perlu diambil lebih dan kurang bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan cergas.


http://www.zacjusmate5.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates