Sunday, June 13, 2010

Jusmate5 Langsingkan Badan Dengan Teratur



Program diet Jus Mate 5 (JM5) yang telah disarankan oleh pengasasnya telah memberi kesan menakjubkan kepada pengguna JM5 yang telah mengikutinya dengan aturan yang betul.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, pengambilan JM5 adalah lebih mudah kerana ia diambil dengan mencampurkan serbuk jus itu dengan air sejuk atau ais berbanding produk lain yang kebanyakkannya menggunakan pil atau kapsul.

“Minuman JM5 hanya di ambil sekali sehari bergantung kepada berat badan seseorang dan pengguna perlu mengamalkan diet seperti disarankan.

“Pengguna akan berasa kenyang dan bertenaga selepas beberapa jam kemudian terutama ketika tengah hari. Pada waktu itu, mereka boleh menggantikan nasi dengan mengambil buah-buahan, sayur dan air suam,” katanya.

Datuk Dr Rozmey berkata, pengguna yang mengamalkan produk JM5 akan lebih berdisiplin dan meninggalkan tabiat pemakanan yang boleh menambahkan berat badan mereka.

Katanya, pengguna akan nampak kesannya selepas seminggu mengamalkan JM5 dan mengalami perubahan apabila berat badan turun secara teratur tanpa meninggalkan kesan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates