Tuesday, June 1, 2010

Faktor Penyebab Obesiti Morbid



OBESITI adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal.

Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, faktor yang menyebabkan berlakunya obesiti adalah kerana keturunan seperti ahli keluarga atau ibu bapa yang mempunyai badan yang besar.

“Persekitaran yang sering terdedah dengan makanan segera seperti selalu menonton wayang juga merupakan faktor. Begitu juga bagi mereka yang selalu duduk ketika bekerja dan menonton televisyen juga salah satu faktor penyumbang.

“Selain itu, obesiti juga adalah disebabkan kadar metabolisma rendah dan kurang bersenam. Gangguan dan tabiat makanan seperti makan ketika stres juga penyumbang kepada berlakunya obesiti. Faktor seterusnya adalah seperti masalah perubatan dan kesihatan,” kata DDR.

Beliau turut menambah bahawa obesiti morbid ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti diabetes, masalah lemak dan kolesterol di dalam badan, tekanan darah tinggi, masalah sendi atau osteoarthritis, penyakit jantung dan vascular.

Obesiti ini juga boleh menyebabkan batu karang, infarksi serebrum, masalah pernafasan, ketidaksuburan, haid tidak menentu, pembocoran air kencing, masalah pedih hulu hati dan juga masalah tekanan perasaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates