Wednesday, June 16, 2010

DDR Tidak Pandai Duduk Diam



Baru sahaja selesai dengan penerbitan filem 2 Alam yang dianggap sebagai filem berprofil tinggi hasil karya sulong dR Movie Production kini Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ingin mengembangkan sayap perniagaannya

Walaupun dikatakan sudah mengecapi kejayaan hasil daripada produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) masih belum puas untuk membantu masyarakat dengan produknya dan beliau juga dilihat seperti tidak pandai duduk diam.

Menurut DDR beliau mahu membuka segmen baru perniagaannya iaitu penghasilan produk kosmetik, Slimming Suit, produk penjagaan kulit dan barangan penjagaan kesihatan mesin Detox yang akn dipasarkan di Malaysia.

“Doktor akan terbang ke Korea dan Jepun untuk bertemu dengan rakan kongsi doktor di sana bagi membincangkan tentang formulasi dalam produk kecantikan terhadap segmen bisnes yang ingin doktor jalankan,” katanya.

“Korea dan Jepun menjadi pilihan doktor kerana ini jelas bahawa kepakaran dan kecanggihan teknologi mereka yang berkesan dan selamat selain produk yang sesuai dengan pengguna di Malaysia dan kerjasama idea serta formulasi doktor boleh digunakan dalam membangunkan produk

“Menerusi jenama dR Rozmey yang diyakini pengguna mementingkan mutu dan keunggulan pastinya menjadi kebanggaan 1 Malaysia dan jangkaan kesemua produk ini akan berada dipasaran selepas Hari Raya Aidilfitri bersama kejutan filem 2 Alam yang hanya tinggal tiga bulan saja lagi,” katanya DDR yang juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM).

http://www.jusdiet.zackjusmate5.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates