Wednesday, June 16, 2010

Angan- Angan Menjadi Kenyataan



Saya sering berangan-angan untuk memiliki tubuh badan yang ideal dan ingin menjadi seorang wanita yang peka terhadap fesyen namun ianya terhalang kerana memiliki tubuh badan yang gempal,” kata Siti Rahimah, 22, yang mempunyai masalah obesiti.

Katanya, kini selepas menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) segala keinginan yang terbuku dihatinya menjadi kenyataan apabila berjaya menurunkan berat badan daripada 103 kilogram kepada 65 kilogram.

“Penurunan sebanyak 38 kilogram ini amat memeranjatkan saya kerana ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila hajat saya untuk memiliki bentuk badan yang ideal akhirnya.

“Dengan penggunaan produk JM5 ini juga memberikan keyakinan terhadap diri saya untuk bersemuka dengan orang ramai yang mana dulunya saya hanya menjadi bahan kutukan dan ejekan yang membuatkan hati saya tersentuh.

“Sebelum ini pernah juga saya mengambil produk pelangsingan badan yang lain pada bulan puasa tahun lalu namun ianya memberikan kesan yang agak menakutkan menyebabkan saya tidak dapat tidur selama tiga dan fikiran saya tertanggu kerana kurang tidur,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, menyedari bahawa produk itu memberikan kesan yang negatif Siti Rahmah mengambil keputusan untuk berhenti dari mengamalkan produk itu kerana takut dikhuatiri akan menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk lagi.

“Kemudian segala masalah dihadapi telah ditemui penyelesaiannya iaitu penemuan sebuah artikel mengenai keajaiban produk keluaran HPM Jus Mate 5 (JM5) yang merungkai segala-galanya.

“Disamping menggunakan produk JM5 saya juga mengamalkan kaedah diet efektif seperti yang disarankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR).

“Selepas mengamalkan produk JM5 beserta kaedah diet yang dicadangkan oleh DDR selama lima bulan perubahan besar telah berlaku terhadap diri saya dan kini saya memiliki bentuk tubuh yang menarik dan cantik serta membolehkan saya untuk berfesyen mengikut kehendak saya sendiri,” ujarnya lagi.

klik

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates