Monday, May 10, 2010

usaha maryadi berbaloi setelah menjadi pengedar aktif



Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Maryadi Nordin salepas menjadi pengedar aktif Herba Prima Marketing (HPM).

Beliau yang hadir di HPM baru-baru ini memberitahu kehidupan beliau mula berubah dan kesenangan mula dirasai sedikit demi sedikit berbanding kehidupannya suatu ketika dahulu.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memurahkan rezeki saya dan saya amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerana memberi peluang saya untuk menjadi pengedar aktif yang berjaya.

“HPM adalah satu syarikat yang berjaya dan menjadi pilihan ramai pengguna di bandar dan luar bandar kerana mendapat liputan meluas di media cetak serta elektronik .

“DDR banyak memberi tunjuk ajar untuk berjaya dan saya sendiri menganggap DDR sebagai idola untuk saya berusaha lebih keras lagi dan berharap dapat berjaya seperti beliau,” katanya yang memperolehi pendapatan lima angka.

Beliau yang bergiat aktif di Sungai Petani, Kedah menyarankan agar pengedar yang sudah berjaya membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pengedar yang baru bermula.

“Produk HPM semestinya menjadi pilihan pelbagai bangsa di Malaysia dan harapan saya adalah untuk melihat produk HPM menjadi produk nombor satu di Asia,” ujarnya.

Lebih menarik, dahulunya beliau hanya mempunyai warung makan yang kecil sahaja, kini sudah mampu memiliki Toyato Camry 2.4 yang bernilai RM174 ribu.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates