Thursday, May 13, 2010

Penyelidikan selama 4 Tahun hasilkan Produk Berkualiti



Bukan senang untuk mencipta satu produk makanan tambahan yang berkesan dan selamat serta mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tubuh.

Namun, bagi Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), dengan ketekunan dan semangat yang kental, beliau telah berjaya menghasilkan satu produk yang kini menjadi produk nombor satu di Malaysia iaitu Jus Mate 5 (JM5).

Menurut DDR, beliau telah menghabiskan masa selama empat tahun bagi mendapatkan satu produk pemakanan pelangsingan yang sesuai untuk semua golongan dah selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan.

“Doktor telah hasilkan formula JM5 selama empat tahun. Hasil penyelidikan itu telah membuahkan hasil dan kini, produk doktor berjaya menjadi produk nombor satu di Malasysia,” ujar DDR.

Beliau turut menambah bahawa kepakarannya sebagai doktor suatu ketika dahulu telah memberikan idea untuk membuat penyelidikan mengenai obesiti di negara ini kerana baginya perkara ini perlu ada penyelesaian dan akhirnya beliau telah temui penyelesaiannya.

“Selama empat tahun iaitu dari 1999 sehingga 2003, doktor telah membuat penyelidikan tentang obesiti dan cara-cara penyembuhannya. Maka dengan itu, doktor telah berjaya menghasil JM5 ini.

“Alhamdulillah, doktor bersyukur kepada Illahi kerana dengan hasil penyelidikan inilah doktor telah berjaya di dalam perniagaan dan produk doktor menjadi terkenal dan sekaligus doktor membantu rakyat Malaysia untuk kembali sihat,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan ini.

Selepas kejayaan JM5, DDR terus mencipta formula untuk masalah kesihatan yang lain pula. Rangkaian produk dari HPM turut menampilkan DR-II dan dR Silky untuk kulit, Gain 5 untuk menambahkan berat badan, Espresso-XY untuk meningkatkan tenaga batin bagi lelaki.

Selain itu juga, produk seperti dR-Betes, dR-Hepar dan dRQ10 adalah untuk penyakit kronik seperti jantung, hati dan sebagainya. Manakala dR-8 untuk masalah mata, dR 101 untuk kecerdasan minda dan DOC-K sesuai untuk sakit sendi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates