Sunday, May 9, 2010

Penderitaan Diabetes Berakhir



Diabetes merupakan satu penyakit yang sinonim dengan rakyat negara ini kerana tidak menitikberatkan soal pemakanan, sedangkan penyakit itu boleh menyebabkan penderitaan sepanjang hayat.

Namun bagi seorang warga emas dari Manjung, Perak, Mohd Hanif Mohd Ghazali, 64, beliau terselamat dari penderitaan itu selepas menggunakan produk Herba Prima Marketing (HPM), DR Betes.

Menurutnya pengalaman beliau dimasukkan ke hospital kerana penyakit itu pasti tidak dapat dilupakan serta beliau mahu pengalaman selama empat hari di hospital itu adalah pengalaman pertama dan terakhir beliau.

“Saya dimasukkan ke wad kerana bacaan gula terlalu tinggi dan selepas berada di hospital bacaan gula saya turun kepada 17 mmol/L sebelum anak saya yang juga pengedar aktif di sini iaitu Zulkifli atau Along memberikan saya sekotak DR Betes.

“Selepas habiskan sekotak jus itu, saya ke hospital untuk rawatan susulan dan doktor terkejut bacaan gula saya turun kepada 6 mmo/l…patut la saya rasa cergas dan tidak rasa letih walaupun seharian di kedai runcit saya,” kata beliau.

Ketika dihubungi beliau juga sedang memandu ke Kuala Lumpur bersama isteri dan itu membuktikan beliau sentiasa aktif walaupun memandu sendirian.

Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din dengan kemunculan produk kesihatan yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates