Thursday, May 13, 2010

Mahu Kurus Sebab Nak Kahwin



Berat badan yang berlebihan menjadikan insan ini kurang keyakinan diri kerana merasakan penampilan diri yang kurang menarik.

Lantas, lelaki ini bertindak untuk mencuba minuman pelangsingan badan nombor satu Malaysia, Jus Mate 5 (JM5).

Ahmad Taufiq Abdul Rashid, 25, dari Gombak mula mengambil JM5 sejak tiga bulan yang lalu kerana berat badannya ialah 110 kilogram (kg).

Petugas dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya ini bertekad mahu menguruskan badannya kerana mahu berkahwin tidak lama lagi.

“Saya menggunakan JM5 sejak bulan Januari lalu kerana sasaran saya adalah untuk kurus sebelum hari perkahwinan saya nanti,” katanya.

Selain itu, Taufiq yang juga ‘downline’ Rozie Md Zain turut menyatakan rasa syukur dan gembira kerana beliau kini telah memperolehi berat badan iaitu 79 kg.

“Ribuan terima kasih kepada Kak Rozie kerana memperkenalkan produk ini kepada saya. Tidak lupa juga terima kasih kepada pengasas JM5 iaitu Datuk Dr Rozmey kerana produk ajaibnya telah mengubah penampilan saya kini,” ujar Taufiq penuh penghargaan.

Beliau memberitahu bahawa dahulu beliau memakai seluar bersaiz 38 dan kini sudah boleh muat saiz 34. Selain itu, beliau juga sudah boleh memakai baju bersaiz L dan kadang kala M.

Penurunan sebanyak 31 kg berjaya selepas Taufiq melakukan diet seperti memakan pau sebanyak satu atau dua ketul pada waktu pagi. Kemudian, pada tengah hari beliau akan mengambil JM5 dan petang pula, santapan kuih sahaja.

Petua yang diamalkan sepanjang berdiet adalah, banyakkan minum air kosong, elakkan pengambilan nasi dan minuman berais serta tidak makan malam.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates