Friday, May 21, 2010

Kini Tidak Risau Cari Baju lagi



Dalam tempoh tiga minggu sahaja Wan Nadziatul Wan Othman berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg).

Penurunan berat badan yang dialami beliau ialah kesan daripada pengambilan Jus Mate 5 (JM5) yang diamalkan sejak Disember lalu.

Beliau yang menetap di Rawang, Selangor tidak sangka berjaya mengurangkan berat badan sebanyak itu selepas sekian lama mencuba pelbagai produk lain untuk menguruskan badan.

“Ianya berlaku dengan begitu pantas sekali dan saya benar-benar terkejut akan penurunan berat yang banyak ini,” katanya.

Sebelum mengamalkan minum JM5, beliau memiliki berat badan sebanyak 83 kg dan kini beliau boleh berbangga kerana berjaya mendapatkan berat badan sebanyak 72 kg.

“Kalau dulu, susah sangat nak cari saiz baju untuk dipakai. Tetapi kini saya tidak perlu risau lagi kerana mudah bagi saya untuk mencari pakaian kegemaran selepas penurunan berat badan ini,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, ramai rakan-rakannya memuji akan penampilan beliau yang kelihatan lebih langsing dan bergaya.

Beliau berasa teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerana mencipta produk pelangsingan yang ajaib lagi berkesan ini.

“Saya sendiri sudah mengesyorkan kepada rakan-rakan yang ingin mengurangkan berat badan dan saya sudah bersedia untuk menjadi pengedar aktif kepada produk HPM,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates