Friday, May 21, 2010

Diet Pesakit Jantung



Sakit jantung adalah penyakit yang boleh dianggap sebagai penyakit kronik yang boleh mengakibatkan kematian. Jadi, pesakit jantung perlu mengadakan pelan pemakanan yang berkhasiat bagi mengurangkan tekanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) menyatakan bahawa makanan yang mengandungi lemak buatan seperti snek dan makanan yang telah diproses serta lemak yang tepu hendaklah dijauhi oleh pesakit jantung.

“Pesakit dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang pemakanan yang berminyak serta mempunyai lemak yang banyak kerana ianya boleh menyebabkan arteri tersumbat dan mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi,” katanya.

“Selain itu, pesakit juga disarankan melakukan senaman tetap serta aktiviti fizikal supaya tahap kecerdasan dapat ditingkatkan yang mampu memperbaiki kesihatan jantung dan mengawal berat badan mereka,” nasihatnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates