Monday, April 19, 2010

Penghidap Diabetes Boleh Atasi Tekanan


JITRA, 19 April (HPM) — Diabetes merupakan sejenis penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis dan ianya berpunca daripada pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Bagi pesakit diabetes, mereka lebih mudah untuk mendapatkan tekanan kerana kesihatan mereka akan terganggu dan mudah untuk mendapat penyakit yang kronik.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi tekanan akibat dibates iaitu dapatkan seberapa banyak informasi dan maklumat tentang diabetes kerana lazimnya pesakit tiada maklumat yang jelas tentang penyakit ini.

Mendapatkan rawatan sempurna adalah penting, terutamanya daripada pelbagai tenaga pakar dan pesakit boleh meminta pakar menyenaraikan diet terbaru yang boleh pesakit ikuti.

Menyenaraikan kaedah rawatan secara sistematik adalah penting kerana anda perlu mempunyai visi dan kemahiran mengurus masa untuk merealisasikan usaha ini.

Pesakit diabetes perlu berfikir dan bertindak secara positif kerana sebaiknya tingkahlaku serta tindakan tidak disandarkan kepada emosi dan perasaan semata-mata.

Untuk mengurangkan tekanan, mereka perlu mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan saudara mara terdekat agar mereka lebih yakin dengan perubahan hidup yang baru ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates