Monday, April 19, 2010

Makanan Yang Membantu Membakar lemak


JITRA, 19 April (HPM) – Bawang Putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat dimana minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak serta berfungsi membersihkan badan dari dalam.

Epal mengandungi bahan kimia yang dipanggil ‘pectin’ juga boleh didapati dalam buah beri dan khasiat kacang soya pula mengandungi ‘lecitin’ yang mampu menghalang pembentukan lemak.

Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai ‘asid ascorbik’ yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak yang terkandung di dalam buah sitrus seperti limau, oren dan lemon.

Asparagus mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang manakala taugeh adalah sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C yang kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.

Lobak merah juga mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan membuang sisa lemak dengan cepat serta seleri mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.

Timun turut mengandungi sulfur dan silikon, juga untuk kebaikan buah pinggang bagi membersihkan asid urik. Tomato mempunyai tahap tinggi vitamin C dan ‘asid citricmalic-oxalic’ di mana ia mempercepatkan proses metabolik. untuk kebaikan buah pinggang juga dan asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

Oat membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin yang membantu membersihkan membran dalam perut serta kobis juga adalah makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates