Monday, April 26, 2010

Kurangkan Gula


Tekanan dan kemurungan dikatakan mampu mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang tidak sihat.

Ramai yang berpendapat makanan seperti coklat, gula-gula dan kek mampu mengalih perhatian daripada memikirkan masalah yang melanda.

Bagaimanapun, ianya mengundang masalah pada kesihatan dan secara tak langsung meningkatkan kandungan gula dalam badan.

Berikut ialah laporan jurnal oleh American Heart Association (AHA) yang menyentuh mengenai kandungan gula dalam badan:

  • Kebanyakan gula yang diambil adalah daripada minuman berkarbonat dan gula-gula. Seseorang itu akan mendapat lebih kurang 355 kalori daripada dua tin soda dan sepapan coklat.
  • Bagi wanita, sebaik-baiknya mengambil gula tidak melebihi enam sudu teh sehari dan ini bersamaan dengan 100 kalori daripada gula (termasuk pemanis dan sirap) yang ditambahkan semasa proses penyediaan makanan.
  • Berhati-hati dengan kandungan yogurt yang dimakan kerana 227 gram (gm) yogurt berperisa buah mengandungi lebih kurang enam sudu teh gula, manakala 227 gm susu coklat rendah lemak pula mengandungi empat sudu teh gula.
  • Nama untuk gula yang tertera pada label makanan adalah fruktosa,dekstrosa, sirap tebu dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates