Monday, April 26, 2010

Kenapa Berat Lambat turun Dengan Jus mate5

Saya mendapat banyak persoalan sejak kebelakangan ini kenapa berat badan sesetengah pengguna lambat turun walaupun mereka telah mengambil Jus Mate 5 berkotak-kotak. Saya amat tekankan di sini bahawa anda perlu ikuti saranan pemakanan yang telah disediakan. Ini kerana semua ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mengikuti cara pemakanan yang telah disarankan oleh Datuk Dr Rozmey.

Oleh itu, di sini ada beberapa sebab yang memungkinkan anda mengalami masalah lambat turun berat badan. Teliti ianya supaya anda dapat mencari punca kepada masalah anda.

Adakah anda

  1. Pernah mengambil pil langsing berkimia
  2. Pernah amalkan program diet yang berbeza formulasi dengan JM5
  3. Sedang mengamal OCP, suntikan hormon, implan atau merancang keluarga
  4. Sedang mengambil pil steroid
  5. Mengambil pil anti-pysokotik / pil kemurungan
  6. Kekurangan hormon thyroid
  7. Mengidap ketumbuhan Adrenal / pituitary
  8. Mengalami kegagalan hati, jantung atau renal

Atau anda tidak ikut nasihat doktor dan tidak mengamalkan Jus Mate seperti yang telah disarankan. Anda juga tidak mengurangkan jumlah kalori dalam sehari.

Anda makan atau minum (kalori) sebelum atau sebaik saja anda ambil Jus Mate dan anda langsung tidak mahu bersabar pada awal pengamalan JM5 bila terasa lapar, terus anda mengambil makanan yang berkalori.

Disebabkan itulah, walau anda ambil Jus Mate tiga kali sehari pun, berat badan anda tidak akan turun jika anda mengamalkan perkara seperti yang telah dinyatakan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates