Tuesday, April 27, 2010

Jus Mate 5 Paling Laris



JOHOR BAHRU, 25 April (HPM) - Kecendurangan pengguna untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan kejayaan testimoni yang dipaparkan di akhbar tempatan menyebabkan produk pelansingan badan Jus Mate 5 terus mendapat perhatian dan hangat di pasaran.
Ini terbukti apabila hampir 90 peratus jualan yang dihasilkan di karnival Jom Heboh di di sini datangnya daripada produk yang diformulasikan untuk mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Pengarah Urusan, Rafidah Radzi berkata produk Jus Mate 5 terus mendahului 10 produk lain dari segi jualan dan cacatan berkenaan berlaku di setiap karnival Jom Heboh yang disertai oleh HPM.
“Produk ini menjadi nadi penggerak kepada perniagaan HPM dan saya yakin ia akan terus menjadi produk yang terbaik dan memberi manfaat kepada penguna.

“Komitmen Datuk Dr Che Rozmey dalam perniagaan dan kesungguhannnya dalam penjenamaan dan penglibatan dalam dunia perfileman memberi impak baru kepada perniagaan HPM. Saya yakin apa yang dilakukan oleh DDR akan memberi tsunami luar biasa kepada perniagaan HPM,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kesungguhan yang tinggi dari kakitangan dan pengedar yang hadir mendorong pengguna yang hadir di sini untuk mencuba produk HPM.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates