Monday, March 8, 2010

Tahukah Anda....

Ramai wanita kini sanggup berbuat apa saja demi kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh badan yang menarik.

Ada yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pembedahan buang lemak, pengambilan pil kurus dan sebagainya.

Namun, dalam kerakusan menguruskan badan, ramai wanita tidak mengambil berat akan kandungan yang digunakan dalam pil kurus tersebut.

Banyak kes kematian yang melibatkan pengambilan pil kurus dan jamu yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya.

Selain itu, pengambilan pil kurus yang tidak diketahui kandungannya boleh menyebabkan masalah dalaman seperti kemandulan, masalah rahim dan sebagainya.

Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihatkan agar membuat rujukan ke mana-mana pusat kesihatan jika mahu membeli produk menguruskan badan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates