Wednesday, March 10, 2010

Pengambilan jm5 masih diteruskan

JITRA, 10 Mac.(HPM)-Bekas peserta Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ), Sumaiyah Abu Bakar,30 memberitahu bahawa beliau masih lagi menggunakan produk Jus Mate 5 walaupun setelah berakhirnya program ALJ.

Menurut Sumaiyah atau lebih mesra dengan panggilan Abby ini,walaupun beliau baru sahaja keluar daripada program tersebut,namun beliau masih lagi mengekalkan berat badannya.

“Masuk bulan ini,saya dah berjaya mengurangkan 5 kilogram(kg) pada berat badan saya.Walaupun ianya secara berperingkat namun saya akan pastikan ada perubahan yang berlaku pada setiap bulan.”katanya.

Kata beliau lagi,beliau akan minum Jus Mate 5 sehari sekali sama ada waktu pagi ataupun gantian di waktu tengah hari.Menurut beliau lagi,beliau mengabaikan pengambilan makan malam untuk mengekalkan bentuk badan yang sedia ada sekarang.

“Saya tak makan pagi dan malam…saya cuma makan tengah hari saja dan saya menggantikan dengan minum Jus Mate 5,”katanya lagi.

Beliau akan bersenam dua kali seminggu dan akan bersama-sama turut serta bermain futsal yang dianjurkan oleh pihak syarikatnya seminggu sekali.

Selain itu,beliau juga bersama-sama tujuh orang lagi bekas peserta ALJ turut serta dalam program Jom Heboh yang diadakan di Bukit Jalil baru-baru ini.

“Saya berasa amat selesa dengan berat badan yang saya miliki sekarang sehinggakan baju ibu juga saya boleh pakai.” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates