Monday, December 12, 2011

Petua Diet


Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

Tips untuk kurangkan berat badan dan kuruskan badan. Apakah Cara Diet Yang Paling Bagus?

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sunday, December 4, 2011

60 peratus Rakyat Malaysia Gemuk


KUALA LUMPUR 15 Nov. – Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

“Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan. – Bernama

Thursday, November 24, 2011

Diet dan Senaman untuk Pengidap Kencing Manis

Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.


Menukar diet: satu dari cara terbaik melawan diabetes

Kuncinya adalah menggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang. Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.

Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh: timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.

Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang mengidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik. Individu yang mempunyai risiko mendapat diabates patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.

Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka. Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat tersebut.

Senaman melindungi anda dari diabetes

Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.

Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.

Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman.

Tuesday, November 1, 2011

Testimoni Jusmate5 Yang Telah Berjaya




Berikut antara testimoni pelanggan yang telah mengamalkan jusmate5. Jika anda ingin membuat pembelian boleh layari http://www.juskurus2u.blogspot.com

Thursday, October 6, 2011

Perut Punca Segala Penyakit


Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut :

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

Tuesday, September 20, 2011

Risiko Kegemukan


Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami berat badan berlebihan. Mungkin kerana tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat dan juga kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam dan bersukan.Tahukah anda jika anda mempunyai berat badan berlebihan anda berada dalam keadaan yang bahaya. Kegemukan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, antaranya ialah:


  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras Kolesterol yang tinggi
  • Kemandulan
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
  • Vena Varikos (timbul urat)
  • Penyakit kulit di lipatan peha dan payudara
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu ambillah langkah awal dengan menurunkan berat badan sebelum pelbagai jenis penyakit mendatangi anda. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, berlemak, manis adalah salah satu cara mengelakkan berat badan anda bertambah naik. Senaman yang konsisten setiap minggu adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan berat badan anda. Pemeriksaan kesihatan seperti kadar kolesterol, kandungan gula dan tekanan darah paling kurang sekali setiap tahun adalah amat perlu untuk memastikan anda sentiasa sihat.

Sunday, September 11, 2011

Mengapa Negara Kita Ramai Orang Gemuk?


1.Pemakanan Yang Tidak Sihat

Obesiti di Malaysia semestinya di kaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti Roti Canai,Teh Tarik dan Nasi Lemak.Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita

2.Cara Hidup Yang Tidak Cergas
Rata rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking,walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbadanding keluar.Oleh itu wujudla masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini.Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu di kedai mamak.




3.Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu
Menurut pakar pemakanan,mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyerbabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih,dan lebih bertenaga.Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam.Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.

4.Persekitaran Tidak Sihat
Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan.Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai reastoren di sekitar ibu kota dan makanan yang di jual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat.Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat mememakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ade segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiaat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,

Sunday, September 4, 2011

Manfaat Berbagai Macam Teh

Budaya minum teh mungkin bukan merupakan budaya asli Indonesia. Seringkali beberapa orang keliru menyatakan darimana asal budaya minum teh ini berasal, teh sendiri pertama kali dikenal sebagai minuman di Cina pada tahun 2737 SM. Seorang raja cina, Raja Shen Nung bahkan menulis buku tentang teh yang pada masa itu berkhasiat sebagai obat. Memang pada jaman dahulu orang Cina beranggapan bahwa teh yang mereka minum dapat memulihkan kesegaran dan kesehatan badan, dan hal ini terbukti dengan banyaknya manfaat teh yang telah banyak ditemukan oleh para ahli. Di kalangan pendeta Cina sendiri, teh juga dikenal sebagai minuman yang dapat menimbulkan rasa tenang namun tidak membuat mengantuk.

Perjalanan teh tidak berhenti di Cina saja, ketika jalur perdagangan dibuka di Cina banyak para pedagang dari luar maupun dari Cina sendiri yang membawa dan mengenalkan teh ke masyarakat dunia. Hingga akhirnya sampai di Inggris dan beberapa Negara Eropa lainnya. Ratu Elizabeth yang dikenal dengan budaya minum teh di sore membuat teh begitu dikenal di Inggris. Masyarakat Inggris pun mulai meniru kebiasaan dari ratu mereka untuk mengkonsumsi teh di sore hari, dan begitulah terjadinya ‘tea time’ yang sangat terkenal sampai sekarang.

Namun apakah anda tahu bahwa banyak terdapat berbagai macam teh dengan bermacam-macam khasiat. Di bawah ini akan dibahas bermacam-macam teh beserta khasiatnya yang sangat bermanfaat bagi kesehatan.

Manfaat Teh Hijau

Teh yang cukup populer ini memiliki banyak sekali manfaat. Kandungan teh hijau seperti, asam amino, alkaloid murni, zat aromatic dan vitamin membuat manfaat teh hijau ini sangat besar bagi manusia. Yang pertama adalah teh ini dapat membantu menjaga kekebalan tubuh sehingga terhindar dari penyakit, ketika kita meminumnya secara teratur maka mineral yang terkandung di dalam teh akan membentuk kekebalan alami dalam tubuh sehingga tubuh tidak gampang terserang penyakit. Bahkan penelitian terbaru menunjukkan bahwa teh hijau ini dapat mendeteksi perkembangan sel tumor dan mencegahnya agar tidak tumbuh.

Selain itu manfaat teh hijau lainnya adalah untuk menjaga kesehatan kulit, sekarang telah banyak dijumpai masker yang mengandung teh hijau karena teh ini mempunyai kandungan mineral yang membuat kulit tetap segar dan tidak kering. Selain itu, teh hijau juga dapat digunakan sebagai pembakar kalori. Dengan mengkonsumsi teh hijau secara teratur dapat membantu menurunkan berat badan karena teh ini bermanfaat sebagai pembakar kalori

Manfaat Teh Hitam

Teh hitam tampaknya kurang dikenal dibanding teh hijau maupun jenis teh lainnya. Perbedaan teh hitam dengan teh lain adalah pada prosesnya setelah memetik, teh hitam dioksidasi supaya zat-zat yang dibutuhkan keluar dengan sempurna. Manfaat dari teh hitam antara lain adalah mencegah radikal bebas masuk ke dalam tubuh, karena teh ini mengandung antioksidan. Antioksidan ini juga berfungsi untuk mencegah terjadinya serangan jantung maupun stroke karena dapat memperlancar aliran pembuluh darah ke jantung.

Khasiat lain dari teh hitam adalah dikenal sebagai teh yang dapat memperlambat sel kanker tanpa harus memakan sel sehat pada penderita. Itulah sebabnya teh hitam kebanyakan dikonsumsi sebagai obat dibandingkan sebagai konsumsi minuman teh biasa.

Manfaat Teh Rosella

Jenis teh terakhir yang sangat populer adalah teh rosella. Aroma teh ini lebih harum dibanding teh hijau maupun teh hitam. Manfaat teh rosella antara lain untuk menurunkan kolesterol, hipertensi, asam urat dan osteoporosis. Keunikan dari teh rosella ini adalah dapat memperlancar buang air besar. Sekedar tahu saja, bahwa teh rosella ini berasal dari tanaman yang lain dari teh hijau, tanaman ini berasal dari India dan Afrika, namun untuk pembudidayaan tanaman rosella sendiri sudah ada di Indonesia sejak lama.



Friday, August 19, 2011

Menurunkan Berat Badan Dengan Madu


Madu merupakan produk organik alami yang memiliki banyak manfaat kesehatan. Anda mungkin tidak menyangka atau belum mengetahui bahwa madu sangat bermanfaat dalam mengurangi berat badan. Jika Anda ingin menurunkan beberapa kilo berat berat badan, maka madu akan membantu Anda.

Dikombinasikan dengan air hangat, madu dapat melakukan keajaiban. Tubuh kita menyimpan semua lemak yang tidak terpakai dan madu bisa membakarnya, menyediakan energi yang cukup untuk kegiatan sehari-hari. Jika Anda minum tiga sendok makan madu ditambahkan ke jumlah yang cukup air hangat setiap hari, segera Anda akan melihat atau merasakan bahwa Anda akan kehilangan berat badan.

Madu dan jus lemon merupakan kombinasi yang tepat dan membantu dalam program penurunan berat badan Anda. Tambahkan madu ke dalam air hangat yang cukup dan jangan lupa untuk menempatkan jeruk nipis, juga. Minum ini secara rutin di pagi hari dan hasilnya tidak akan mengecewakan.

Kayu manis juga sangat bermanfaat bagi orang yang ingin menurunkan berat badan. Namun, jika Anda mencampur kayu manis dengan madu, Anda akan mendapatkan sebuah kombinasi yang pas yang akan membantu Anda menyingkirkan kilo lemak yang tidak perlu. Jadi, campuran satu sendok makan teh kayu manis dengan sendok makan madu dan taruh dalam secangkir air hangat. Bahan-bahan harus dicampur dengan baik. Formula ini harus diminum sebelum makan.

Untuk lebih detail bagaimana cara mecampurkan madu dengan kayu manis

1. Sediakan 3 sendok makan penuh madu alami.
2. Sediakan juga 1 sendok teh penuh kayu manis
3. Kemudian campurkan kedalam 1 gelas yang berisi air hangat.
4. Setelah itu, aduk sampai merata atau tercampur rata.
5. Terakhir tinggal diminum.

Banyak perempuan melaporkan hasil yang positif setelah menggunakan beberapa campuran madu tersebut di atas. Selain itu madu juga memiliki banyak manfaat lain dan akan sangat membantu meningkatkan kesehatan. Jadi Anda tidak akan di rugikan jika Anda memutuskan untuk menggunakannya dalam program penurunan berat badan Anda.

Monday, August 8, 2011

Petua Untuk Kurus Dan Langsing


Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Thursday, August 4, 2011

Memilih Makanan Yang Sihat


Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

Tuesday, August 2, 2011

MASALAH ANAK HILANG SI IBU TENANG

JITRA, 20 Julai – “Mata lesu, letih dan hilang fokus terhadap pelajaran yang sering dialami anak saya menjadi permasalahannya sejak sebulan sebelum ini agak merisaukan saya,” ujar salah seorang pengedar usahawan dR Group (dRG) ketika ditemui semalam.

Namun segala masalah yang dihadapi itu lenyap serta merta selepas beliau membantu mengatasi permasalahan anaknya itu dengan pengamalan produk dR101.

Rabiatul Adawiyah, 38, testimoni produk dRII berkata, beliau yang pernah menjadi testimoni produk keluaran dRG sudah sememang yakin dengan kemujaraban dan formulasi ajaib dR Rozmey.

“Tahap keyakinan tinggi ini mendorong saya untuk mencuba produk dR101 dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku terhadap anak saya,” katanya.

Anaknya, Megat Muhd Afham, 12, yang mempunyai jadual yang padat dan aktif bersukan di sekolah menyebabkan keletihan serta hilang fokus untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.

“Selain itu, dia sukar dikejutkan setiap pagi untuk bersekolah dan mudah mengantuk setiap kali memulakan pelajaran didalam kelas.

“Saya menyedari bahawa Megat mengalami masalah selepas gurunya memberitahu bahawa pelajarannya sedikit merosot sebelum ini.

“Tanpa berlengah lagi saya terus mendapatkan produk kesihatan dR101 ini untuk membolehkan anak saya kelihatan cergas dan cerdas sentiasa,” katanya.

Rabiatul Adawiyah berkata lagi, jelas keberkesanannya terbukti selepas sebulan mengamalkan produk kesihatan dR101 anaknya kembali cerdas dan cergas walaupun aktif di sekolah.

“Masalah untuk bangunkannya setiap pagi kesekolah kini berjaya saya atasi dengan kehebatan formulasi ajaib keluaran dRG itu.

“Inilah yang dikatakan sebagai tanggungjawab ibubapa terhadap anaknya mencari penyelesaian untuk merungkai permasalahan yang berlaku demi memperolehi kejayaaan kelak dan menjadi insan berguna supaya dipandang mulia oleh masyarakat.

“Wang bukanlah menjadi keinginan yang melampau tetapi kejayaan anak-anak adalah suatu hadiah yang besar nilainya untuk ibubapa dan kesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada dR Group kerana menghasilkan produk kesihatan yang berkualiti dan mujarab ini,” ujarnya ketika hadir untuk berkongsi kegembiraannya bersama dRG.

Monday, July 25, 2011

Kulit Cantik Dalam Hanya 2 Minggu


salam semua...Norazwan kini pulih sepenuhnya dari penyakit eczema dengan hanya 2 minguu pengambilan drII.sebelum ini adik Norazwan tidak dapat membengkokkan jari2 dan kegatalan dr kaki dan leher.,
Kulit adik Norazwan juga menjdi kemerahan dan berdarah di celah jari2 tangan.hingga habis beratus-ratus ringgit ke klinik mengambil ubat dan suntikan,masih tiada perubahan ...tp dengan drII adik Norazwan sudah pulih sepenuhnya,dan jari2 adik Norazwan dapat dibengkokkan...kini Norazwan dapat ke sekolah semula ,tanpa kesan parut...
Ino kerana DR-II dengan bahan aktif sebanyak 12 gm yang larut didalam mulut meresap ke dalam badan melalui kapilari bawah lidah tanpa perlu melalui “ 1st pass effect “ oleh metabolisma hati. Anda pasti mengalami sensasi dunia kejelitaan dr-ii. Anda akan tampil dengan kulit cerah dan lembut dengan penuh bergaya, mampu mempesona sesiapa yang melihatnya.


P/S :UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI SAYA 0174563371

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates